Username
Password
MYSA
MOSTI
Laporan Titik Panas Terkini boleh dimuatnaik pada Modul Forest Fire Report yang terdapat dalam Sistem ForFIS.
 
[ PENGENALAN ]
Pelbagai aktiviti berkaitan telah dilaksanakan bagi membantu agensi pengguna memantau kejadian kebakaran hutan terbuka seperti menyebarkan maklumat titik panas yang dikesan melalui satelit NOAA dan MODIS serta menyalurkan imej satelit kejadian kebakaran hutan terbuka. Susulan dari peristiwa jerebu rentas sempadan pada tahun 1997, MYSA telah mengambil inisiatif memformulasi Pelan Pengurusan Kebakaran Hutan (Total Forest Fire Management Plan, TFFMP) bagi membantu mengesan dan memantau kebakaran hutan di Malaysia dan negara ASEAN amnya terutama permasalahan jerebu merentas sempadan. Sehubungan dengan itu, MYSA telah diberi mandat melalui Arahan 20, Majlis Keselamatan Negara; yang menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan bencana negara, untuk menyalurkan maklumat titik panas dan kebakaran hutan ke agensi pengguna termasuk Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pada awalnya penyaluran maklumat titik panas dan kebakaran hutan ke agensi pengguna adalah melalui surat, faks dan e-mel.  Bagi mempertingkatkan kecekapan penyebaran maklumat, pihak  MYSA telah membangunkan Sistem Maklumat Kebakaran Hutan (Forest Fire Information Sistem, ForFIS) secara online  selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan  Bil. 1/2011 yang telah dipengerusikan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 5 Mei 2011. Sistem ForFIS boleh diakses secara terus oleh agensi-agensi berkaitan dan telah beroperasi sejak 1 Jun 2011. Agensi yang telah menggunapakai sistem ini termasuklah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

.
SELAMAT DATANG KE FOREST FIRE INFORMATION SYSTEM (ForFIS)
  • slider
1 2 3 4 5
https://wowslider.com/ by WOWSlider.com v8.7
 

Notis Hakcipta: Hakcipta Terpelihara @ 2016 Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Penafian : Pihak Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.
Paparan terbaik dengan menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.0.